Tuesday, April 13, 2010

1st week (5/4 - 9/4)




Isnin
- Hari ni mula lapor diri..Datang awal giler.. 7.30 dah terpacak kat office TNB ni.. Biase la hari 1st kn..:).. Masuk-masuk je.. pak guard dah pndang semacam je.. Kacak sgt aku ni agaknye..Masuk-masuk je.. terus berjumpa dengan kak N (Syarifah Aini) & blajar macam mane nak punch card..Then aku duduk dulu..Tiba2 ade 2 pompuan datang kat aku tanye, abang, nak lapor diri kat mane?..haha.. upenye dieorang pon buat practical sama macam aku.. so sempat gak la kenal2.. Pastu kami dibawa jumpa dengan puan Mauna (Ketua kerani) untuk lapor diri..aku pon serah mane2 borang yang patut..Die ade la bebel sikit pasal organisasi kat sini.. pastu aku g join perhimpunan pagi dieorang..nyanyi2.. then kenalkan la diri ngan dieorang..
Nak dipendekkan cerita, ari ni memang sesi kenalkan diri...Semua staff2 kat sini baik2 & peramah2..

Selasa
- Hari ni aku blajar tentang cara2 nak dapatkan maklumat dari laman web tnb guna livewire(intranet).. & blajar jugak tntg macam mane nak cari maklumat kat laman iso.. erm semua ni penting sebab kita boleh tgk procedure2 sebelom kita pergi buat kerje kat site.. procedure2 ni penting untuk memenuhi standard yang telah di tetapkan oleh iso...kira macam panduan untuk melakukan sesuatu kerja tu.. selain tu.. kat sini gak kita boleh cari maklumat berkaitan tentang Grid System Connectivity.. aku pon ushar la sistem grid kat Malaysia ni & kawasan Kluang jugak...Pastu try paham bagaimana ia function.. semua ni telah mendapat tunjuk ajar daripada En.Fadle.. seorang technician kat sini..

- Petang ni plak aku berjumpa dengan cik Wan Haniza (Jurutera OSH & sokongan teknik).. Beliau memberikan induction training pada semua practical (3 orang je).. aku dipahamkan dengan SEMS= Safety Excellence Management System.. Diterangkan juga tentang statistik kemalangan & kemalangan nyaris kat sini. Katanya TNB terikat dengan akta keselamatan & kesihatan 1994.. akta ni telah diwartakan pada 25 Feb.. mengandungi 15 bahagian, 67 seksyen, 9 peraturan, 2 perintah & 3 jadual.. haa tu die.. memang banyak.. pastu die ade bagi kiteorang buku aturan keselamatan elektrik untuk diteliti & di ingat.. jujur nye.. memang mengantuk baca buku ni..hehe.. sampai sekarang pon..aku belom hbs baca lagi.. pastu kiteorang diterangkan jugak tentang cara-cara dan prosedure untuk melaporkan sesuatu kemalangan tu..

Rabu

- Hari ni ade keje skit la kat pejabat ni...aku belajar secara terperinci berkaitan pencawang.. mula2 tu blajar paham dulu single line diagram untuk setiap pmu(pencawang masuk utama)... kat kluang ni je ade 28 pmu.. so aku ushar hampir semua.. rujuk buku kat library die.. iaitu fail pmu..kat atas ni ade aku ambil gambar tentang system grid kat malaysia.









Khamis
- Hari ni jumpa ngan Bos(pengurus pencawang) orang paling tinggi la pangkatnye kat sini, En Muhamad Shah Rizal Bin Suleiman untuk berdiskusi..Antara info-info yang saya dapat:

1). Sebagai pelajar jurusan elektrik, bidang kerja kita tidak semestinya tertumpu pada elektrik sahaja.. kita perlu belajar juga tentang mechanical engineering, civil engineering dan agirculture.

- sebagai contoh, jika kita ingin menghubungkan 2 kawasan dengan bekalan elektrik, kita perlu mengambil kira faktor sagging conductor yang menyambungkan antara 2 tiang tu.. haissh.. kadang2 tu nak explain sesuatu dalam english lagi senang dari melayu nye.. huhu.. aku cuba terangkan jugak.. Antara faktor yang mempengaruhi sagging ialah suhu(temp) dan load. pada cuaca panas contohnya, conductor yang menyambungkan antara satu tiang ke satu tiang akan mengendur sedikit benbanding pada waktu pagi.. makanya sebarang gangguan yang berada diantara tiang tersebut perlu diawasi.. gangguan tersebut termasuklah pokok-pokok, bangunan dan sebagainya. Flash over boleh berlaku sekiranya ada sebarang gangguan pada jarak 1 meter dari conductor. makanya kita perlu tahu bahawa jarak kelegaan paling selamat untuk orang awam ialah 4.75m. faktor ini perlu diambil serius jika conductor yang dipasang berada dalam kawasan yang sering dilanda banjir.
-Antara kepentingan mempelajari agirculture ialah untuk mengetahui pertumbuhan sesuatu pokok. contohnya jika terdapat pokok buluh di antara laluan conductor, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk memotongnya agar todak mengganggu sistem penghantaran elektrik...pertumbuhan pokok buluh hutan adalah amat pantas iaitu ia boleh mencapai ketinggian 2 kaki dalam masa 1 minggu.. oleh itu, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk memotongnya..

2. Untuk menjadi seorang professional engineer, kita perlu mendaftar dengan IEM(Institute Engineer Malaysia).. ini penting untuk merperakui bahawa kita seorang engineer yang berdaftar di malaysia..

Jumaat
-Menghadiri meeting yang dipengerusikan oleh cik Wan Haniza. Beliau menerangkan tentang minggu safety & Health yang akan diadakan pada 19,20&21 April ni.. aku dapat lihat bagaimana semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap unit dan ciri-ciri kepimpinan yang itunjukkan oleh bos dan ketua setiap unit.. mereka semua memiliki ciri-ciri yang unik dan hebat menyuarakan pandangan..

0 comments: